Obat Painkiller, Manfaat & Efek Samping ?

  • Whatsapp

Oleh
DR.dr. Robert Arjuna FEAS*
Bu Tuti selalu sakit kepala dan menelan obat pain killer kayak kaca goreng sesukanya akhirnya harus berujung dgn cuci darah beda dg pak.Anton yang sakit Hernia tulang punggung berujung sakit lambung lain dengan bu Samiah cuci darah karena tisp kali badan pegal minum panadol Beginilah akibat minum obat Pain killer yang harus berakhir tragis

Obat penahan sakit atau dikenali sebagai analgesik adalah obat yang digunakan untuk melegakan kesakitan. Terdapat pelbagai jenis analgesik yang boleh diperolehi melalui resep atau bukan resep dalam bentuk dos seperti tablet, kapsul, injeksi, suppository atau transdermal patch. Jenis-jenis ubat analgesik merangkumi paracetamol (juga dikenali sebagai acetaminophen; biasa dipanggil Panadol non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan opioid.

PREVALENSI
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh American Academy of Pain Medicine, lebih daripada 1.5 bilion individu di seluruh dunia sedang mengalami kesakitan kronik dan ia merupakan penyebab paling biasa bagi pemakai obat di Amerika Serikat yang mencapai 100 juta penduduk di sana.Jangan terkejut jika anda mungkin merupakan salah seorang individu daripada 1.5 bilion penghidap kesakitan kronik tersebut. Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan sekarang?

Sebelum penyakit ini mula menjadi “teman sejati” hidup anda, adalah elok untuk anda mula bertindak dengan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Ini tidak cukup dengan sekadar mengambil ubat penahan sakit atau painkiller seperti paracetamol bagi melegakan kesakitan.
Menurut Dr. C H Tan, presiden Society of Sports and Exercise Medicine Malaysia (SSEMM), individu yang mengalami kesakitan kronik perlu mengelakkan daripada mengambil terlalu banyak painkiller memandangkan ia pasti mempunyai efek samping terhadap seseorang individu tersebut.Menurut beliau, sebarang pengambilan painkiller perlulah diambil dalam tempoh yang singkat dengan dos yang sedikit.bila harus membutuhkan pemakaian painkiller psnjang sebaiknya dalam pengawasan dokter

Jenis jenis obat pain killer:
1.Acetaminophen
2. NSAID
3. COX-2 inhibitors
4. Opioid

A) Acetaminophen obat ini juga dikenali dengan nama ‘paracetamol’. Biarkan sakit kepala atau sakit gigi atau pun sakit sendi, ubat inilah yang biasa digunakan untuk melegakan sakit tersebut. Ianya mudah untuk ambil dan selamat digunakan.

B) Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAID) Ini digunakan secara meluas juga seperti ubat acetaminophen. Obat jenis ini mempunyai lebih kuat berbanding obat acetaminophen untuk sakit yang disebabkan proses radang/’inflammation’. Namun demikian, fungsinya sama sahaja iaitu digunakan untuk melegakan sakit. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan keradangan serta mengurangkan demam. Contoh ubat yang berada dalam kelas ini ialah ‘aspirin’, ‘ibuprofen’ dan banyak lagi.

C) COX-2 Inhibitors Obat ini juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit yang berkesan. Sekiranya ubat lain mempunyai kesan sampingan yang teruk, maka bolehlah digantikan dengan ubat ini. Ubat ini digunakan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan kesan sampingan seperti pendarahan dalam perut. Contoh ubat dalam kelas ini ialah ‘rofecoxib’, ‘celecoxib’ dan sebagainya.

D) Opioid Jenis yang seterusnya adalah opioid. Seperti yang kita ketahui opioid ini memang merupakan sejenis dadah. Ini digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan kerana opiod bila digunakan secara sedikit merupakan obat tetapi apabila digunakan secara banyak merupakan sebuah dadah yang memusnahkan badan kita. Contoh opiod ialah ‘morphine’, ‘codeine’, ‘pethidine’ dan banyak lagi. Oleh itu, penggunaan ubat ini haruslah atas pengawasan doktor kerana sekiranya berlebihan dapat membawa masalah yang tidak diingini.

MANFAAT PAINKILLER
Fungsi utama obat tahan sakit adalah dengan membantu melegakan sakit kita. Namun demikian ramai yang tertanya bagaimanakah caranya ubat tersebut berfungsi apabila masuk ke dalam badan kita. Hal ini kerana apabila kita mengambil ubat tersebut dan ia telah memasuki saluran darah kita, dengan segera ia akan merangsangkan enzim untuk berhenti menghasilkan hormon ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ merupakan hormon utama yang sering menghantar isyarat sakit dan inflamasi kepada bahagian otak justeru mengakibatkan kita berasa sakit. Dengan penghalangan hormon ini daripada dihasilkan, kita akan dapat mengelakkan diri daripada rasa sakit. Beginilah caranya ubat tahan sakit berfungsi dalam badan kita untuk melegakan sakit.

EFEK SAMPING PAIN KILLER
Walaupun ubat tahan sakit ini digunakan dalam membantu melegakan sakit, namun terdapat juga keburukan yang boleh diundang dengan pengambilan ubat tahan sakit secara berlarutan.

A) Acetaminophen
Acetaminophen seringkali digunakan untuk melegakan kesakitan. Akan tetapi, anda diingatkan untuk menggunakannya mengikut dos yang disarankan. Jika terlebih dos, ia membawa kepada kerosakan organ hati (liver failure). Penggunaan yang terlalu lama boleh membawa kepada “medication overuse headache” iaitu sakit kepala tetapi ini jarang berlaku.

B) NSAID
Pengambilan NSAID perlu mengikuti jangka masa yang disarankan. Penggunaannya yang terlalu lama boleh membawa kepada masalah:
1. Sakit perut
2. Kerusakan ginjal
3. Ulser perut
4. Lebih senang untuk mengalami pendarahan terutama sekali ubat aspirin

C) COX-2 Inhibitors
Kesan sampingan hampir sama dengan NSAID tetapi penggunaannya juga mungkin menaikkan risiko serangan jantung.

D) Opioid
Obat tahan sakit jenis opioid selalu digunakan dalam merawat pesakit yang terlibat dalam kemalangan seperti patah tulang. Namun terdapat banyak sangat kesan sampingan. Oleh itu, penggunaannya dikawal rapi. Antara kesan sampingannya terutama pada dos tinggi:
1. Loya, muntah
2. Sembelit
3. Ketagihan
4. Masalah bernafas

FISIOTERAPI
Dr. Chua Siew Kuan yang merupakan seorang ahli fisioterapi mencadangkan agar individu yang mengalami kesakitan kronik untuk menjalani senam atau terapi fisio di bawah seliaan ahli fisioterapi. Ini kerana, sesetengah individu tidak mengetahui bahagian tubuh yang terkomninasi akibat kesakitan kronik dan melakukan senam secara salah dengan memberikan fisioterapi pada bahagian otot lain yang tidak mengalami kesakitan.Melalui bantuan ahli fisioterapi, ia boleh membantu seseorang individu untuk menguatkan otot tertentu yang telah dikenal pasti dengan kaedah senaman yang lebih tepat dan berkesan.Ini juga bertepatan dengan hasil kajian meta analisis yang diterbitkan pada bulan Julai 2019 yang menyatakan bahawa, terapi senaman amat disarankan sebagai kaedah rawatan utama bagi pemulihan kesakitan belakang badan yang kronik (chronic lower back pain
Tidak kesemua kesakitan yang berlaku memerlukan pembedahan sebagai kaedah rawatan pemulihan. Kaedah pemulihan kesakitan kronik lebih mengutamakan prosedur bukan invasif (non-invasive treatment) dan ini boleh dilaksanakan melalui kaedah perubatan Cina yang turut menggabungkan kepakaran daripada ahli fisioterapi.

Berdasarkan data daripada Yap Chan Kor Pain Integrative Centre, kaedah integratif ini telah berkesan menurunkan kadar kesakitan belakang badan pesakit sebanyak 83% dalam 89 kes. Ia turut menunjukkan kesan positif dalam menurunkan kadar kesakitan di bahagian bahu sebanyak 85%, selain 79% pengurangan kesakitan di bahagian lutut.Kesakitan kronik telah menjadi salah satu isu kesihatan utama global yang turut menjadi kekhuatiran di Malaysia. Ini kerana populasi penduduk semakin menua dan kelaziman keadaan yang berkaitan seperti ketidakmampuan untuk bergerak, gangguan tidur dan keresahan akan terus meningkat. Keadaan-keadaan seperti ini jelas akan meningkatkan beban penjagaan kesihatan awam pada akhirnya.
demikian penjelasan penggunaan pain killer yang selalu digunakan oleh kaum masysrakat bahwa obat ini,harus dalam pemakaian tertentu dan terbatas tentang manfaat dan efek sampingnya,sekilas info. semoga bermanfaat.
RobertONews 1406 {2.5.22(06.00)}
• Praktisi Dokter & Penulis Ilmu Kesehatan

beritalima.com
beritalima.com beritalima.com

Pos terkait